Miss Universe Malaysia 2012 Registration. The Opening Day. April 23, 2011.

    PAGEANTIsland cadang nk datang ke 1Borneo ambik bas aje dari Warisan Square, tiba di airport jam 9.20 pagi Al Rudzie bagitahu suruh datang cepat sebab ada press conference pukul 1.30 pagi sebelum mula acara sebenar pada 11 pagi.  Hired a cab, rushed to 1Borneo.

    Deborah, Nadine, Joannabelle dan Cassandra pada permulaan sidang akhbar.

    Hans Isaac dan Andrea, dua orang penting Miss Universe Malaysia, Hans-dashing!, Andrea-cute!.

    Buat julung kalinya, Sarah mempunyai rakan pengacara iaitu Abol dari Suria FM Sabah. Beliau seorang yang kelakar. Beliau meminta semua ratu cantik yang hadir berdiri untuk melihat betapa tingginya mereka semua. Andrea pun ikut berdiri sama.

    Setiap ratu cantik diberi peluang bercerita serba sedikit pengalaman mereka memenangi pertandingan ratu. Cassandra yang datang memakai sash Miss Tourism Queen International turut berucap sepatah dua kata.

    Gambar kenangan ratu cantik, Hans Isaac bersama pengarah urusan serta pengarah besar 1Borneo.

    Gambar di atas merupakan sesi kedua promosi pada pukul 4 petang. Pada sesi ini, Nadine tidak kelihatan, hanya mereka bertiga di atas ini dan juga Hans Isaac.

    Acara pendaftaran Miss Universe Malaysia 2012 berlangsung di ruang legar tengah 1Borneo yang sangat strategik. uang legar ini sangat luas!. cuma hawa dingin yang tidak terasa serta agak panas menyebabkan kebanyakan yang hadir berpeluh juga.

    Ini merupakan lawatan kali pertama PAGEANTIsland ke negeri di bawah bayu tetapi PAGEANTIsland dapat merasakan keramahan orang di sini serta pemandu teksi yang juga ramah dan tidak lokek memberi penerangan mengenai Kota Kinabalu.Source URL: https://idiesse.blogspot.com/2011/04/miss-universe-malaysia-2012_23.html
    Visit Idiesse for Daily Updated Hairstyles Collection

Blog Archive